Alfiq Nur Iman - Episod 1
Thursday, 9 February 2012 ? 0 Atashinchi ?
Firstly , sorry tak ada bab sebab malass nak buat . and , ini novel pertama saya yang merangkumi 5 buah buku ! yeay ! ( selama ni 3 or 4 buku latihan je =.= )Hari itu sungguh tenang. Jalan raya makin sibuk dengan orang ramai yang sibuk dengan hal masing-masing. Pagi-pagi lagi, peluh sudah deras mengalir di pipi manusia yang berpusu-pusu hendak ke lokasi mereka.
Di Villa Ummi, suasananya agak enang. Pagi itu, Pak Daud yang bekerja di villa itu sebagai pekebun menyempurnakan tugasnya dengan menyiram pokok pokok yang menghiasi landskap villa itu. Mak Jah, pembantu rumah di villa itu sibuk menyiapkan sarapan pagi untuk penghuni-penghuni villa itu, Ilman dan anaknya Hakimie Aiman.
Sejak isteri majikannya tiada, hanya Mak Jah sahajalah yang menyiapkan segala rutin pemakanan dua beranak itu. Nasib baik majikan dan anaknya yang berusia 17 tahun itu tidak terlalu cerewet.
Ilman turun sambil menjinjing beg bimbitnya kebawah dan terus ke meja makan.
"Selamat pagi, tuan" kata Mak Jah penuh sopan, menyapa Ilman.
"Selamat pagi. Hakimie mana? Saya dah lambat ni," kata Ilman, bernada serius seperti biasa. Anginnya tidak menentu sejak ayah dan isterinya meninggal.
Ilman meletakkan beg bimbitnya di atas meja sambil mengeluh perlahan. Dia pantang benar jika ada yang melambatkan urusan pejabat.
"Dekat atas, tuan. Nanti Mak Jah panggilkan," Mak Jah tersenyum dan berlalu ke atas.
Ilman mencapai sekeping roti di depannya dan menyapukan mentega diatas roti itu. Ilman bin Azmi, seorang yang ceria dan juga ayah yang penyayang. Namun, sejak isterinya meninggal tahun lalu dia terus berubah. Dia menjadi serius dan suka marah-marah tak tentu pasal.
"Hakimie, turun nak. Papa dah tunggu tu," kata Mak Jah selepas mengetuk pintu itu.
"Hakimie tengah siaplah ni Mak Jah," kata Hakimie dari dalam. Nadanya serius, persis Ilamn.
Mak Jah tersenyum lesu. Hakimie Aiman, anaknya juga mengalami perubahan yang drastik selepas Mamanya pergi meninggalkan dirinya. Mungkin kerana dia sangat rapat dengan ibunya. Namun dia seorang yang ceria dan happy go lucky dahulu, namun dia bertukar menjadi pendiam dan pemarah kini.
A.N.I
Suasana didalam kereta Toyota Alphard itu senyap. Sesekali, pemandu mereka Pak Tam mengerling ke arah cermin hadapan, melihat mereka anak-beranak yang bagaikan orang asing dibelakang.
Ilman sibuk membaca surat khabar Kosmo hari ini. Hakimie pula memandang keluar, menikmati panorama paginya seperti biasa. Masing-masing tidak bercakap. Pak Tam hanya menggeleng perlahan. Entah sampai bila mereka akan jadi begini. Sejak kematian isteri Ilman, begitulah mereka anak beranak. Ditanya sepatah dijawab sepatah. Itu un kalau ada antara mereka yang ingin memulakan bicara.
"Malam nanti, kita kena pergi rumah Atuk Azmi. Wasiat dia nak dibacakan," kata Ilman. Matanya masih berlari membaca setiap ayat dalam suratkhabar itu.
"Hakimie tak ikut,"
"And why is that?"
"Perlu ke Hakimie ikut?"
"Nama Hakimie ada"
"I'm still not going,"
Kereta Toyota Alphard itu berhenti didepan Sekolah Menengah Kebengsaan Puchong Satu, sekolah Hakimie. Serentak itu, Ilman menghentak surat khabar itu, kasar.
"Bila Papa kata ikut, ikut je lah!" teriak Ilman didalam kereta itu.
"Hakimie, dengarlah cakap Papa tu" celah Pak Tam, ingin meredakan keadaan.
"Pak Tam jangan nak sibuklah," Hakimie membuka pintu kereta itu dan terus keluar, berjalan masuk kedalam kawasan sekolah.
"Kurang ajar betul," bebel Ilman. Dia mengerling kearah Pak Tam yang masih lagi tidak berjalan dari tadi.
"Apa lagi Pak Tam? Jalanlah!" Ilman teriak lagi. Anginnya naik mendadak pagi pagi ini.
"B..baik tuan," kata Pak Tam, tersekat-sekat. Kereta itu meluncur laju meninggalkan sekolah itu, menuju ke Menara Azmi.
A.N.I
Ilman menyelak lagi fail-fail itu. Sesekali, tangannya menaip papan kekunci didepannya. Sejak ayahnya meninggal dunia 3 bulan selepas isterinya pergi, segala tugas ayahnya sebagai CEO Azmi Holdings digalasnya. Nasib baik dia sudah ada pengalaman bekerja disitu. Syarikat itu kekal maju walaupun pemilik asalnya sudah tiada. Pentadbiran Ilman sangat licin.
Datuk Azmi Bin Mansur, usahawan terkemuka di Malaysia kembali ke rahmatullah meninggalkan hartanya yang berjuta-juta ringgit, rumahnya dan anak tunggalnya Ilman. Walaupun Ilman sudah sedia tahu bahawa harta-harat bapanya akan diletakkan dibawah namanya, dia tetap menanti pembacaan wasiat itu. Ada sesuatu yang kerap mengganggu fikirannya.
Tangan Ilman mengusap dahinya yang tidak pening tatkala teringat akan hal itu. Dia teringat kata-kata ayahnya, menyuruh Ilman menjaga hartanya yang paling berharga dan yang paling disayanginya. Persoalannya, sehingga kini dia masih belum dapat apa-apa petunjuk tentang 'harta' yang ayahnya sebut-sebutkan itu.
Mengapa dia tidak tahu? Sudah lama dia tidak kerumah bapanya, sejak sebelum dia meninggal dunia lagi. Berjuma pun hanya dipejabat, atau kadang kadang ayahnya makan malam sekali bersama keluarganya. amun kakinya sudah lama tidak merasa lantai rumah ayahnya.
Malam ini, dia akan mengetahui semuanya. Misteri dan penantian yang ditunggu-tunggu akhirnya akan dibongkarkan juga. Wasiat yang akan dibacakan setelah 9 bulan dia tunggu, akhirnya akan menyelesaikan segala persoalan dimindanya.
"Encik Ilman," panggil Sarimah lagi.
Lamunan Ilman terhenti. Lamunannya begitu panjag sehingga panggilan setiausahanya dari tadi tidak disahut.
"Ya Sarimah. Ada apa?" tanya Ilman bernada serius.
"Tadi encik Ilman panggil saya kan? Is there anything I can help encik Ilman?"kata Sarimah, sopan. Buku nota kecilnya sentiasa berada dalam gengaman kecil itu dari majikan terdahulunya, Azmi sehinggalah sekarang.
"Oh ya, awak tolong panggilkan Erul sekejap. Saya nak bincang dengan dia pasal projek kita di Dengkil tu. Apa nama dia? Hah, projek Tinta"
"Baik, encik Ilman" Sarimah tersenyum sebelum melangkah keluar dari pejabat Ilman. Mata Ilman pula kembali kearah skrin komputer dan fail-fail diatas mejanya.
A.N.I
"Jom rehat," tegur Syafiq. Tatkala itu, hanya Syafiq Adam, Mila Nasuha dan Hakimie sahaja yang ada didalam kelas 5 Sains 1 itu.
"Aku tak ada mood lah, sorry" kata Hakimie perlahan dan tetap serius.
"Kau ni, chill lah!" kata Syafiq lagi, memujuk teman baiknya itu.
"U ni kenapa?" tegur Mila, manja. Sudah nak dekat setahun dia dan Hakimie bersama, namun kerap mereka bergaduh teruk.
Hakimie tersenyum lesu, namun menampakkan lesung pipitnya. Kulit mereka sama putih, sama kacak sama cantik. Namun perangai Mila...
"I tak ada pape lahh,"
"Ni mesti pasal pembacaan wasiat atuk u tu kann?"
Hakimie mendengus perlahan apabila teringatkan perkara itu.Dia semakin geram dengan ayahnya.
"Kau ni, ikut je lah Papa kau tu. Itu bukannya wasiat sesiapa, wasiat atuk kau jugak. Nama kau mesti ada punya nanti," akata Syafiq, memberi saranan.
"Syafiq, kau pun tahu kan aku dengan Papa aku macam mana? Aku malaslah, serious beb" kata Hakimie lagi. Kawan-kawannya semua sedia tahu yang Hakimie dna Ilman sekarang bagai air dan minyak.
"Hakimie, u ikut je Papa u tu. Nanti kat sana u tak payah cakap apa apa. Just dengar je, kalau ada pape jadi tak payah layan. Kalau u boring, text lah i" kata Mila pula memberi saranan. Idea yang hebat, secara teknikalnya.
Hakimie memandang Syafiq da Mila silih berganti.
"Dah, u jangan fikir sangat benda tu. Daripada kita fikir yang bukan-bukan, baik kita pergi makan. Perut i dah bunyi lagu Adele dah ni," Mila tersenyum.
Hakimie tersenyum dan bangkit perlahan. Syafiq juga tersenyum.
"But today, Syafiq belanja" kata Hakimie seraya berjalan.
"Aku pulak?"

Ilman dan Hakimie duduk menunggu di sofa berkulit hitam Lorenzo itu. Rumah agam Azim itu kelihatan tenang dan sepi, bagai merasai ketiadaan tuannya. Rumah agam itu hanya dihuni Mak Limah dan suaminya, Pak Daud. Mereka ditugaskan untuk menjaga rumah itu walaupun selepas pemilik sebenarnya sudah tiada.
Kedengaran deruman enjin kereta berhenti di halaman rumah agam itu. Seorang peruam berjalan masuk kedalam rumah itu diikuti seorang remaja lelaki berusia dalam lingkungan 15 tahun pada pandangan Ilman.
"Assalamualaikum, encik Ilman" kata peguam itu, sambil menyalam tangan Ilman.
"Waalaikumsalam, encik Badrul" Ilman berdiri seketika sambil menyalam tangan encik Badrul dan duduk semula.
"Iman, salam diorang" arah encik Badrul, mesra seraya tersenyum memandang Iman yang berkulit putih dan comel mata memandang.
Iman mengangguk perlahan. Dia menyalam tangan Ilman dan Hakimie. Kedua dua mereka masih bingung. Iman? Siapakah dia?
Iman dan encik Badrul melabuhkan punggungnya disalah sebuah sofa berkulit milik arwah Azmi yang di import itu. Mak Limah keluar dari dapur sambil membawa dulang yang berisi dua gelas minuman jus oren untuk Iman dan encik Badrul.
"Mak Limah!" teriak Iman gembira sambil memeluk Mak Limah.
"Iman!" Mak Limah tersenyum. Sudah lama dia tidak bertemu Iman. Dia fikir Iman sudah tidak mengingatinya lagi.
"Mak Limah apa khabar? Pak Daud mana?"
"Mak Limah sihat, pak Daud ada kat belakang tu. Iman bila sampai?"
"Baru je tadi. Rindunya kat Mak Limah," Iman tersenyum.
"Orang gaji je pun," fikir Hakimie bila melihat mereka.
Encik Badrul tersenyum melihat kemanjaan Iman. Kasihan, nasib baik dia sudah boleh menerima kematian Dato' Azmi. Dia berdehem perlahan. Apapun, segala tugas harus diselesaikan. Mak Limah mengangguk perlahan lalu pergi.
"Maaf Uncle Badrul," kata Iman perlahan.
"Its okay," encik Badrul tersenyum perlahan. Dia membuka beg bimbitnya dan mengeluarkan sekeping sampul surat. Dia membukanya dan mula membaca.
"Saya, Azmi bin Haji Mansur dengan ini mewasiatkan rumah dan tanah kepada anak saya, Ilman bin Azmi. Namun Pak Daud dan Mak Limah diamanahkan unt6uk jaga rumah ini kerana sedia tahu dengan anak saya yang sibuk bekerja. Segala harta luar dan dalam negara, syer saya di Azmi holdings sebanyak 40%, sekaligus syer terbesar di syarikat itu kepada..." encik Badrul terhenti. Dia tersentak.
"Kenapa encik Badrul?" tanya Ilman.
"Kepada... Alfiq Nur Iman"
"What?!" teriak Ilman. Dia memandang Alfiq Nur Imn yang juga terkejut. Iman juga memandang sepasang mata itu, bagaikan harimau sedang memandangnya.

BERSAMBUNG...